Khamis, 13 Mac 2014

Hanya Pada-MU aku berserah....

Assalammualaikum..

Setelah sekian lama bertapa, akhirnya aku berpeluang utk menjengah dalam blog aku...rasanya dah penuh dengan spider web kot sebab dh lama sangat tak buka blog ni...by the way, just want to share, this week satu dunia rasanya dah kecoh pasal kehilangan pesawat MH370 tu...sedih yang teramat sangat walaupun passengers dalam tu bukan ahli keluarga aku...tapi sebagai sesama manusia rasanya sesiapa pun akan tetap terasa dengan kejadian yang melibatkan ratusan nyawa manusia lain...hanya pada ALLAH S.W.T sajalah mampu kita berserah dan berdoa semoga semuanya akan selesai...walau apa2 pun, kita sebagai hamba ALLAH kena yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...KUN FA YA KUN..jika ALLAH berkehendakkan sesuatu, maka ia pasti akan terjadi...semoga semua manusia di bumi Allah ini bersatu padu dan bersama dalam mendoakan kejayaan dalam misi pencarian pesawat MH370 tersebut...Inshaa Allah...


KANAK-KANAK TASKA PERMATA KEMAS POLITEKNIK KUCHING

From bottom our heart, we sincerely pray for MH370 passengers

Ahad, 7 Julai 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadan..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah walaailahaillallah allahuakbar!!

Sedar tak sedar beberapa hari lagi bulan yg mulia akan menjelma iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak.. Bulan yg penuh dengan keberkatan dan yg sentiasa dinantikan oleh semua umat Islam di pelusuk dunia.. Bulan inilah semua umat Islam berebut-rebut melakukan amalan yg dituntut dalam Islam.. Tidak kiralah amalan yg wajib mahu pun amalan yg sunat.. Semoga kita semua terus ISTIQOMAH melakukan amalan-amalan tersebut pd setiap hari.. Bukan hanya pada bulan tertentu sahaja.. In shaa Allah.. Apa-apa pun selamat berpuasa diucapkan.. Semoga puasa dan semua amalan kita akan diterima oleh Allah S.W.T.. AMIN...

Isnin, 20 Mei 2013

My Job

Bismillahhirrahmannirrahim..

Alhamdulillah sekarang ni aku dah bekerja. Kiranya dah mampu nak sara diri sendiri la. Selama ni asyik susahkan adik beradik je. Maklum la aku ni kira adik bongsu dalam keluarga dr 13 org adik beradik. Walaupun aku ada adik tp aku tetap yg bongsu sbb adik aku di angkat keluarga lain. Oppss!! melalut pasal family pulak. Well kalau nak tahu sekarang ni aku bekerja sbg cikgu taska. Dah masuk 5 bulan pun.. Huahuahua.. Tak sangka aku blh jadi cikgu budak2 kecik. Padahal aku study dulu amik course lain. Tp aku tetap bersyukur sbb aku dah ada kerja walaupun aku tak minat. Bak kata org, redha je lah kan. Apa2 pun aku harap rezeki aku akan terus terbuka dan sentiasa bertambah saban hari. In sha Allah..

#always smile even we need to do something that we don't like.. :-)